Pelakon, Amyza Aznan ditahan di hospital Ampang Puteri, pada hari Selasa, 12 April yang lalu kerana dipercayai mengalami jangkitan kuman pada kedua belah matanya. Kedua belah matanya bengkak selepas dia menggunakan bulu mata palsu ketika penggambaran drama berjudul Ahmad Albab Yang Punya.
“Sebelum ini mata saya pernah bengkak selepas guna bulu mata palsu tetapi kesannya tak lama. Beberapa hari selepas itu sudah baik, tapi kali ini lebih teruk dan sakit. Sejak Jumaat lalu mata saya berair, membengkak dan terlalu sakit sehingga tidak boleh tidur,”
“Buat masa ini doktor masih bagi ubat setiap 15 minit sekali dan mahu melihat keadaan saya dalam masa tujuh hari ini. Dan jika keadaan semakin kritikal mungkin akan diberi suntikan antibiotik,” kata Amyza. -mStar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan