Khamis, 28 April 2011

Tempat tidur yg pelik!!!

gambar aksi mesra aaron aziz & maya karin

ni lagi sedutan gambar daripada filem Ombak Rindu yang kami paparkan dalam artikel Maya Karin Bertudung, Dilacurkan Bapa Saudara.
Tanpa disangkakan, ramai juga pembaca novel Ombak Rindu yang ternanti-nantikan filem ini. Daripada respon pembaca, ada yang berpendapat bahawa Maya Karin tidak sesuai memegang watak sebagai Izzah. Manakala, Lisa Surihani kelihatan agak jelik apabila memegang watak sebagai gadis pengoda. Nak buat macam mana kan? Mungkin pengarah ada alasan tersendiri.

sazzy falak dapat baby kembar...

Wah bukan main lagi ada berita gembira mengenai selebriti melahirkan anak. Kali ni pasangan Nazril dan Sazzy Falak yang sudah menunggu sejak 4 tahun yang lalu. Sazzy selamat melahirkan anak pada hari kelmarin 28 April di Prince Court MC, KL mengikut portal GUA. Tip Top tanpa disedari, Sazzy dan Nazril mendapat bayi kembar perempuan. Wah tahniah lah. Nama anak kembar itu dinamakan Iman Lilly dan Tiara Rose.

Khamis, 21 April 2011

3 org kanak-kanak paling genius

Askrit Jaswal (lahir pada 23 April 1993), hingga saat ini dia tercatat sebagai mahasiswa dan dokter India termuda dalam sejarah.Dia melakukan operasi pembedahan pertamanya ketika dia masih berusia 7 tahun.Menurut ibunya, kejeniusan Askrit sudah terlihat sejak dia masih bayi.

Tidak seperti kebanyakan bayi pada umumnya, dia sudah dapat langsung berjalan, di saat bayi-bayi lainnya masih pada tahap merangkak. Dapat berbicara pada usia 10 bulan, dan di usia 5 tahun sudah membaca buku karangan William Shakespeare.

Pada usia 7 tahun, dia melakukan operasi pembedahan pertama pada seorang kanak perempuan berusia 8 tahun. Dia mempelajari kemampuan tersebut dari seorang dokter bedah secara langsung dan pada usia 11 tahun diterima sebagai mahasiswa di Punjab University.
 
3. Wolfgang Amadeus Mozart
Mungkin sudah banyak yang tahu bahwa Mozart (27 Januari 1756 - 5 Desember 1791)adalah komposer dan pemain piano yang hebat.Mozart tidak hanya salah satu komposer terhebat dalam sejarah, tetapi juga merupakan salah seorang kanak jenius paling ternama dalam sejarah.

Mozart mulai belajar piano pada usia 4 tahun, mengarang lagu pertamanya pada usia 5 tahun dan pada usia 8 tahun, (ketika kebanyakan dari kita belum mengetahui apa itu piano) Mozart telah mengarang simponinya yang pertama.

Mozart ketika kecil, merupakan seorang selebriti di masanya, kerana pada usia yang masih kecil tersebut dia sudah mengelilingi Eropah memainkan karya-karyanya di hadapan keluarga diraja dan orang-orang berpengaruh di masa tersebut.

Namun sayang sekali, Mozart tidak berumur panjang kerana telah meninggal dunia pada saat berumur 35 tahun. Sepanjang hidupnya, Mozart telah mengarang sekitar 600 komposisi untuk simponi, opera, piano, orkestra, dan lain-lain.
 

3. William James Sidis
William James Sidis (1 April 1898 - 17 Juli 1944) manusia terjenius yang pernah ada dengan perkiraan IQ 250-300. Sebagai perbandingan, untuk dianggap jenius anda hanya memerlukan IQ diatas 136 dan rata-rata IQ orang biasa adalah 85-115.

Sidis sudah dapat membaca pada usia 18 bulan, disaat kanak-kanak lain pada usia tersebut masih belum boleh berbicara. Menulis 4 buku dan dapat berbicara dalam 8 bahasa yang berbeza (Latin, Yunani, Perancis, Russia, Jerman, Ibrani, Turki dan Armenia) pada usia 8 tahun.

Pada tahun 1909 Sidis mencatatkan rekod sebagai mahasiswa termuda di Harvard University, disaat dia masih berusia 11 tahun.Dia mendapatkan gelaran cum laude Bachelor of Arts (BA) Matematik pada usia 16 tahun.

Selasa, 19 April 2011

Nak tgk obor2 terbesar tak...

Krisdayanti Hamil 4 Bulan, Ex-Wife Raul Lemos Ketawa

akarta, 19 APRIL 2011: Belum pun cukup sebulan usia perkahwinannya dengan usahawan dari Timor Leste iaitu Raul Lemos, penyanyi diva Indonesia Krisdayanti dilaporkan sudah pun hamil 4 bulan.

Mendengar laporan tersebut, bekas isteri Raul Lemos iaitu Atha terus tertawa.

"Saya bercerai dengan Raul Lemos pada Disember lalu. Ertinya masa belum bercerai lagi, dia (Krisdayanti) sudah pun bunting," katanya kepada wartawan.

Jelas Atha lagi, dia juga sama sekali tidak terkejut mendengar berita kehamilan Krisdayanti tersebut. Malah, dia juga tidak mahu ambil peduli dengan kehidupan pasangan yang telah pun berlangsungkan pernikahan pada 20 Mac 2011 itu.

"Yelah, sebelum bernikah lagi, mereka memang dah duduk sama-sama. Kalau ke Timor Leste pun, tinggal bersama. Jadi, kalau dia (Krisdayanti) bunting pun, memang logiklah. Jadi, ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan," kata Atha lagi.

Sementara itu, ada khabar berita terbaru yang melaporkan bahawa Krisdayanti bakal meninggalkan Indonesia dengan segera disebabkan kehamilannya itu. Berkemungkinan di Dili. Terlebih pula, adik kepada Yuni Shara ini pernah memberitahu bahawa dia mungkin bakal mengikut Raul Lemos menetap di Dili selepas berkahwin nanti.

Namun, buat masa ini, pasangan ini masih dilihat menetap penyanyi lagu Setia ini di Kawasan Radio Dalam di Jakarta Selatan. Malah di rumah yang bercat putih itu juga masih terlihat mobil Hummer milik Raul Lemos.

Apa yang pasti, kedua-dua sangat gembira menanti kehadiran cahaya mata mereka. Malah, mereka juga turut mengungkapkan untuk mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinan kedua mereka itu.

Jumaat, 15 April 2011

pekerja2 yg tersangatlah rajin..

ini gambar ikan2 yg pelik..ko org pernah jumpe kat mane2 tak?

4 pernikahan yg paling pelik di dunia...

Maut tidak dapat memisahkan cinta sejati.Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George.Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun.Seperti yang diberitahu Telegraph,pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal,dua hari menjelang pernikahan.Setahun berlalu,tapi Magali susah melupakan rasa cintanya terhadap George.Dengan sokongan keluarga dan sahabat,wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.
Erika 39 tahun,seorang bekas askar yang tinggal di San Francisco.Dia memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda-benda.Pertama kali, Erika tergila-gila pada Lance,sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah.Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin.Dia bahkan mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang dia simpan di dalam bilik.Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya.Di tengah pesta pernikahan sederhana yang dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008,dia mengucap cinta dan janji setia. Seperti diberitahu Telegraph, sejak pernikahan itu,dia pun menggunakan nama 'Erika La Tour Eiffel'.
3.Menikah Dengan Diri Sendiri
Liu Ye 42,lelaki berasal dari Zhuhai,China begitu mencintai dirinya sendiri.sehingga dia nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tamu undangan.dia mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah."Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri,terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan,"kata Liu.Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahwa dia gay.Upacara pernikahan berlangsung mengikut adat masyarakat China.Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin lelaki.Semua tradisi dia ikuti demi menghormati nenek moyang dan para tetamu yang hadir.
 
4.Menikah Dengan Bantal
Cinta sejati kadang-kdang muncul dalam pelbagai bentuk.Seperti yang dialami Lee Jin-gyu.lelaki asal Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime.Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri anime 'gadis ajaib' yaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.Pemuda 28 tahun yang dijuluki 'otaku' ini menikahi 'mempelainya' yang muncul dengan gaun pengantin.Pernikahan pelik ini diadakan dengan sangat serius,lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas.Tidak heran jika pernikahan pelik ini mendapat liputan meluas dari pelbagai media.

bahaye menanti..

haha..tgk gmbr nih...buaya2 sdg menanti hidangan...rase2 korang ape nk buat time mcm ni???mengucap jela kan..

haa gambar ular berkepala 7

Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Facebook baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban hari tu. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari.

Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan 'makhluk lain' melepak.
Suka kita mendengar pendapat anda pula mengenai gambar ini.

rozita che wan jadi duta safi rania gold

Bertambah seri-seri wajah Rozita ni dibuatnya. Amboi makin laku lah Rozita ni kan selepas ni. Berita terbaru mengenai Rozita adalah dia dan Shahir akan digandingkan bersama-sama sebagai pasangan kekasih dalam sebuah telefilem berjudul Summer Camp. Tapi gosip mengenai Rozita dan Shahir dah pupus k, dorang juz buat kerja masing-masing.

gara;gara bulu mata amyza adnan masuk hospital

Pelakon, Amyza Aznan ditahan di hospital Ampang Puteri, pada hari Selasa, 12 April yang lalu kerana dipercayai mengalami jangkitan kuman pada kedua belah matanya. Kedua belah matanya bengkak selepas dia menggunakan bulu mata palsu ketika penggambaran drama berjudul Ahmad Albab Yang Punya.

“Sebelum ini mata saya pernah bengkak selepas guna bulu mata palsu tetapi kesannya tak lama. Beberapa hari selepas itu sudah baik, tapi kali ini lebih teruk dan sakit. Sejak Jumaat lalu mata saya berair, membengkak dan terlalu sakit sehingga tidak boleh tidur,”

“Buat masa ini doktor masih bagi ubat setiap 15 minit sekali dan mahu melihat keadaan saya dalam masa tujuh hari ini. Dan jika keadaan semakin kritikal mungkin akan diberi suntikan antibiotik,” kata Amyza. -mStar

mane perginyea mawi dan ekin mase abp2010??

ABPBH 2010 dah lama berlalu. Belek punya belek Red Carpet, pentas, candid action, dalam dewan punya gambar artis punya lah main colourfull lagi. Posing sana sini, pakaian seksi pun ada juga. Tapi baru perasan, kemana kelibat Raja SMS dan juga pernah menang kategori bintang paling popular 2007, Mawi serta isterinya, Ekin ketika itu? satu masa dahulu dia memang selalu datang ke majlis gilang gemilang tu. yang menjadi tanda tanya, kemana Mawi menghilang? oO rupa-rupanya Mawi dan Ekin pergi umrah. Baguslah kalau macam itu, tambah kn mutu ibadah tingkatkan keimanan.

lady gaga jatuh lg...dr oh bulan.

Ini cerita Lady Gaga yang hyperactive sampai tergolek bak nangka busuk ketika melangsungkan konsert di Houston, Isnin lepas. Lady Gaga yang hilang keseimbangan telah terjatuh & kepalanya terhentak pada piano. Namun, sebagai seorang superstar, dia kekal kool & terus menghabiskan nyanyian. Sure, pening kepala tahap champion.http://www.ohbulan.com/video-kepala-lady-gaga-terhentak-piano-ouch/
zamani dikatakan meninggal dunia???